Penilaian e-Kelas Maxis F1 dan F2

12 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Oktober 2019 bersamaan hari Jumaat, Penilaian e-Kelas Maxis F1 dan F2 telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Kg.Semangar Dalam selama 2 jam bermula pada pukul 09.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Tujuan penilaian ini diadakan adalah untuk menguji kefahaman para pelajar dalam subjek Matematik dan Sains bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sepanjang tempoh pembelajaran melalui e-Kelas.

Penilaian tersebut dijawab secara online melalui portal e-Kelas. Diharapkan dengan adanya tuisyen percuma ini,dapat meningkatkan taraf pendidikan terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar bandar dan tidak mampu mengikuti tuisyen berbayar di kawasan bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali