Kelas Mewarna Hari Kemerdekaan

23 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2019, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Mewarna Hari Kemerdekaan dan mendapat kerjasama bersama kanak-kanak dan guru Tabika Kemas Jakoa Darul Nasuha Kg.Semangar . Kelas ini telah dijalankan selama 3 jam bermula pada jam 09.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat peserta dalam kelas mewarna selain dapat menerapkan semangat kemerdekaan di dalam diri mereka. Pada akhir kelas, pelajar dapat menghasilkan lukisan bewarna yang menarik dan menerapkan semangat kemerdekaan di dalam diri mereka. Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memberi mereka peluang untuk meneroka aktiviti menarik bersama pihak Pusat Ekonomi Digital .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali