Kelas E-Learning - Youtube

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2019, bersamaan hari Sabtu, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PI) Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas E-Learning Youtube selama 3 jam bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Kelas ini telah dihadiri seramai 3 orang peserta.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta terutamanya kanak-kanak cara-cara penggunaan dan jenis video yang sesuai ditonton.Mereka juga telah diterangkan dengan ikon-ikon yang ada pada Youtube serta fungsinya dan cara membuat akaun Youtube.Pada akhir kelas,pelajar diminta untuk menerangkan kembali apa yang dipelajari bagi menguji kefahaman mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali