Kelas Microsoft Words 1
5 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 4 Disember 2020, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Microsoft Words 1 selama 1 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.30 pagi.
Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan cara-cara menggunakan Microsoft Words dalam membuat buku skrap. Peserta telah diajar memilih jenis dan saiz tulisan yang sesuai,penggunaan paragraph dan space yang betul dan cara-cara memasukkan border ke dalam page yang digunakan.
Pada akhir kelas, peserta dapat menghasilkan buku skrap yang lebih kemas dan menarik dan berminat mengikuti kelas seterusnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: