Kelas Surat Rasmi

6 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2020, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Surat Rasmi selama 1 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 12.30 tengahari hingga 01.30 petang.

Di dalam kelas ini, staf Pusat Ekonomi Digital Komuniti telah membantu peserta cara-cara membuat surat berhenti kerja mengikut format yang betul.Setelah siap,kami juga turut memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menyimpan dokumen yang telah ditaip dan cara menukar dokumen dari format words kepada PDF.

Pada akhir kelas,peserta dapat menyiapkan surat beliau sepenuhnya dan berminat untuk mengikuti kelas-kelas lain yang disediakan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kg.Semangar Dalam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali