Kelas Multimedia – Canva 2

13 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2020, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Multimedia – Canva 2 selama 1 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 09.30 pagi hingga 10.30 pagi. Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan cara-cara menggunakan Canva dalam menyiapkan tugasan kerja sekolah mereka. Pada kali ini,mereka telah menggunakan Canva dalam menghasilkan Poster bertemakan Hari Malaysia dengan tunjuk ajar dan pemantauan staf Pusat Ekonomi Digital .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali