Kelas ICT - Email
12 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 11 September 2020, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas ICT - Email selama 30 minit. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 11.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu peserta yang bakal menceburi bidang pekerjaan tidak lama lagi akan cara menggunakan email secara menyeluruh.
Pihak staf pengurusan telah menerangkan kepada beliau cara melampirkan dokumen,mengarang ayat yang bersesuaian untuk menghantar email, cara menyemak email sama ada telah dihantar atau masih tidak, dan juga cara menyediakan tandatangan automatik di setiap email. Pada akhir kelas, para peserta dapat berjaya menggunakan emel dengan betul dan tiada masalah untuk berurusan menggunakan email selepas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: