Kelas Pendaftaran MySejahtera Premis 2

13 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2020, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Pendaftaran MySejahtera Premis 2 bersama pemilik kedai runcit. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 3.30 petang hingga 4.00 petang. Atas sifat tanggungjawab,En. Afif Syahmi telah datang berjumpa dengan staf Pusat Ekonomi Digital untuk mempelajari cara-cara mendaftarkan kedai runcit miliknya menggunakan aplikasi MySejahtera untuk kemudahan pengunjung dan pemilik kedai. Pada akhir kelas,Cik Afif Syahmi telah berjaya mendaftarkan kedai runcit milik keluarganya, Kedai Nadi Insan Gemilang Enterprise dan memudahkan pelanggan yang hadir hanya perlu mengimbas QR Code MySejahtera sebelum masuk ke kedai beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali