Kelas Pendaftaran MySejahtera Premis 3

16 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos 2020, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Pendaftaran MySejahtera Premis 3 bersama pemilik bengkel. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 11.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Atas sifat tanggungjawab,Pn.Siti Zubaidah telah datang berjumpa dengan staf Pusat Ekonomi Digital untuk mempelajari cara-cara mendaftarkan bengkel miliknya menggunakan aplikasi MySejahtera untuk kemudahan pengunjung dan pemilik kedai. Pada akhir kelas,Puan Siti Zubaidah telah berjaya mendaftarkan bengkel miliknya,Bengkel Serindik dan memudahkan pelanggan yang hadir hanya perlu mengimbas QR Code MySejahtera sebelum masuk ke kedai beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali