Kelas Pendaftaran MySejahtera Premis 1
5 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 04 Ogos 2020, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Pendaftaran MySejahtera Premis 1 bersama pemilik kedai makan. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 3.00 petang hingga 3.30 petang. Atas sifat tanggungjawab,Cik Gano Marlini telah datang berjumpa dengan staf Pusat Ekonomi Digital untuk mempelajari cara-cara mendaftarkan kedai makan miliknya menggunakan aplikasi MySejahtera untuk kemudahan pengunjung dan pemilik kedai. Pada akhir kelas,Cik Gano Marlini telah berjaya mendaftarkan kedai makan miliknya,Kedai Makan Selera Gano dan memudahkan pelanggan yang hadir hanya perlu mengimbas QR Code MySejahtera sebelum masuk ke kedai beliau.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: