Kelas Microsoft Words - Resume
18 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 17 September 2020, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Microsoft Words - Resume selama 1 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara membuat resume dengan betul dan menarik. Peserta telah diterangkan langkah demi langkah dalam mereka resume mengikut kreativiti peserta. Pada akhir kelas, peserta dapat menyiapkan resume yang tepat,padat dan menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: