e-Kelas Maxis (Live Tutorial SPM)

9 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Ogos 2020 bersamaan hari Sabtu,e-Kelas Maxis (Live Tutorial SPM) telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Kg.Semangar Dalam selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Subjek yang dipelajari oleh mereka ialah Matematik dan Sains. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan kefahaman para pelajar dalam subjek-subjek teras yang dipelajari mereka di sekolah secara "live tutorial".

Mereka dapat belajar,membuat aktiviti berkumpulan dan bertanya soalan pada guru melalui tuisyen ini. Pada kali ini,mereka telah mempelajari contoh-contoh soalan yang kerap ditanya dalam peperiksaan SPM. Diharapkan dengan adanya tuisyen percuma ini,dapat meningkatkan taraf pendidikan terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar bandar dan tidak mampu mengikuti tuisyen berbayar di kawasan bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali