Kelas Keusahawanan – Asas Pengenalan Shopee 2
12 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 11 September 2020, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan KelasKeusahawanan – Asas Pengenalan Shopee 2 selama 0.5 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 5.00 petang hingga 5.30 petang. Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu para usahawan dalam penjualan secara atas talian melalui platform Shopee dan mebantu peserta dalam mendaftar program PENJANA. Pada akhir kelas,peserta dapat mendaftar kedai sendiri di platform Shopee selain berjaya mendaftarkan bisnes di bawah program PENJANA.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: