Kelas e-NCR Johor

7 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 06 September 2020, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas e-NCR Johor bersama belia di Kg.Semangar Dalam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 03.00 petang hingga 04.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara mengisi borang persediaan sebelum berkahwin secara atas talian atau lebih dikenali Borang e-NCR.

Staf Pusat Interne telah memberi tunjuk ajar satu persatu kepada peserta yang terdiri bakal pengantin lelaki dan perempuan. Pada akhir kelas,peserta telah berjaya mengisi borang dengan betul dan hanya perlu membawa borang yang telah dicetak tersebut ke peringkat seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali