Kelas Cara-Cara Membuat Temujanji Online JPN
7 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 06 Ogos 2021 iaitu bersamaan pada hari Jumaat, Penolong Pengurus PIK Semanggar Dalam telah didatangi oleh seorang penduduk Kg.Semangar Dalam, Puan Maslinawati binti Ahmad bagi tujuan membantu beliau cara-cara membuat temujanji secara online melalui laman sesawang Mytemujanji JPN. Beliau perlu membuat temujanji tersebut untuk tujuan membuat surat beranak dan Mykid untuk anak beliau.
Pertemuan telah diadakan secara bersemuka namun tetap mematuhi Proses Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka, tiada bersalaman dan menjaga penjarakan fizikal. Kami telah meminta beliau untuk menyediakan segala maklumat yang diminta terlebih dahulu seperti nombor kad pengenalan, no telefon, alamat rumah, dan emel bagi memudahkan urusan permohonan nanti.
Kelas ini dijalankan selama 1 jam pada sebelah pagi.Pada akhir kelas, Puan Maslinawati mengucapkan terima kasih di atas bimbingan dan tunjuk ajar kami.Beliau juga melahirkan hasrat untuk menyertai kelas-kelas yang dianjurkan PIK Semanggar Dalam pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: