Kelas Pendaftaran Kemasukkan Tahun 1 Secara Atas Talian

10 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Ogos 2021 iaitu bersamaan pada hari Isnin, Pengurus PIK Semanggar Dalam telah didatangi oleh seorang penduduk Kg.Semangar Dalam, Puan Mahiran binti Shaari bagi tujuan membantu beliau cara-cara membuat pendaftaran secara atas talian bagi kemasukan Tahun 1 di laman sesawang KPM dan juga kemasukan Tahun 1 Sekolah Agama Johor dengan menggunakan Google Form.

Pertemuan telah diadakan secara bersemuka namun tetap mematuhi Proses Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka, tiada bersalaman dan menjaga penjarakan fizikal. Kami telah meminta beliau untuk menyediakan segala maklumat yang diminta terlebih dahulu seperti nombor kad pengenalan, no telefon, alamat rumah, dan emel dan lain-lain lagi bagi memudahkan urusan pendaftaran nanti.

Kelas ini dijalankan selama 1 jam pada sebelah petang. Pada akhir kelas, Puan Mahiran mengucapkan terima kasih di atas bimbingan dan tunjuk ajar kami.Beliau juga melahirkan hasrat untuk menyertai kelas-kelas yang dianjurkan PIK Semanggar Dalam pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali