Sesi Permohonan i-Citra KWSP Siri 2

10 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Ogos 2021 2021 iaitu pada hari Ahad, Pengurus PIK Semanggar Dalam telah diminta oleh seorang penduduk yang tinggal di Felda Linggiu, Encik Azman untuk membantu beliau cara-cara memohon pengeluaran i-Citra KWSP bagi mengelakkan kesilapan dan kekeliruan jika beliau memohon secara sendiri.

Permohonan ini telah dijalankan secara bersemuka melalui temujanji yang dibuat terlebih dahulu. Kami telah meminta beliau untuk menyediakan segala maklumat yang diminta terlebih dahulu seperti nombor kad pengenalan, akaun bank, alamat rumah, emel sehingga butiran peribadi yang lain bagi memudahkan urusan permohonan nanti.

Urusan ini dilakukan pada sebelah pagi dan hanya mengambil masa selama 1 jam sahaja. Kami juga turut meminta Encik Azman untuk sentiasa menyemak emel supaya tidak terlepas dengan notis dan pemberitahuan terbaru dari pihak KWSP.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali