Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kg.Semangar Dalam Sebagai Pusat Pendaftaran Vaksin COVID-19

8 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kg.Semangar Dalam telah menjadi salah satu Pusat Pendaftaran Vaksin Covid-19 menggunakan aplikasi Mysejahtera di bawah program bersama antara SKMM dan KKM.

Program ini lebih tertumpu kepada pendaftaran vaksin untuk Fasa 2 iaitu golongan warga emas dan orang kurang upaya. Poster dan makluman melalui media sosial juga telah dibuat. Pusat Ekonomi Digital Komuniti telah membantu mereka yang pertama kali memuat turun aplikasi MySejahtera, membuat pendaftaran maklumat peribadi di aplikasi, membuat pendaftaran vaksin dan juga menyemak tarikh temujanji sama ada melalui MySejahtera atau di laman web JKJAV.

Seramai 71 orang penduduk Kg.Semangar Dalam dan sekitar termasuk warga emas,dewasa dan remaja telah hadir ke Pusat Ekonomi Digital Komuniti sama ada untuk mendaftar dan juga mendapatkan maklumat tepat mengenai vaksin Covid-19.Staf juga turut menasihati penduduk agar tidak mudah tertipu dengan berita yang tidak tepat di media sosial.

Program ini akhirnya telah membuahkan hasil apabila ramai antara penduduk yang mendaftar bersama kami telah lengkap mendapat 2 dos vaksin.Semoga kerjasama antara Pusat Ekonomi Digital Komuniti dan penduduk kampung lebih terjalin erat dengan program seperti ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali