Kelas Multimedia - Canva

21 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Februari 2021, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Multimedia - Canva selama 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 09.00 pagi. Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan dan pendedahan mengenai kegunaan platform Canva untuk mereka dan mengedit gambar dan video. Kami telah menunjukkan contoh poster dan video yang pernah dihasilkan oleh staf PIK dan peserta sebelum ini. Pada akhir kelas, peserta dapat memahami dengan jelas mengenai Canva dan akan mempraktikannya sebaik mungkin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali