Kelas Multimedia Canva 1

23 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Oktober 2021, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kampung Semanggar Dalam telah mengadakan Kelas Multimedia Canva 1 selama 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 09.30 pagi hingga 11.30 pagi. Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan cara-cara menggunakan Canva dalam menyiapkan tugasan kerja sekolah mereka. Pada kali ini,mereka telah menggunakan Canva dalam menghasilkan video untuk tugasan kerja sekolah dengan tunjuk ajar dan pemantauan staf Pusat Ekonomi Digital .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali