Kelas Microsoft Words – Carta Organisasi Kelas
3 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 02 Mei 2021, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Microsoft Words – Carta Organisasi Kelas selama 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 02.00 petang hingga 04.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara menghasilkan carta organisasi kelas menggunakan Microsoft Words.
Untuk pembelajaran ini,peserta telah diajar menggunakan Shapes dan SmartArt bagi memudahkan tugasan peserta untuk mereka dan mengedit carta organisasi kelas yang sesuai. Pada akhir kelas,peserta telah berjaya menghasilkan carta organisasi kelas yang kemas dan menarik untuk pertandingan keceriaan antara kelas di sekolah mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: