Kelas Google Slides

4 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Oktober 2021, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kampung Semanggar Dalam telah mengadakan Kelas Google Slides selama 3 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 09.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Kelas ini telah disertai oleh pelajar Tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan Semangar,Aleeya Maisarah binti Abdullah yang meminta staf Pusat Ekonomi Digital untuk memberi tunjuk ajar kepada beliau cara-cara menggunakan Google Slides untuk menyiapkan kerja sekolah Sains beliau. Pada akhir kelas, Aleeya dapat memahami cara menggunakan Google Slides dan menyiapkan kerja sekolah beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali