Program Pengambilan dan Pengumpulan Kerja Sekolah SMK Linggiu Bersama PIK Kg.Semanggar Dalam

4 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Bermula 03 Februari 2021, telah diadakan Program Pengambilan dan Pengumpulan Kerja Sekolah SMK Linggiu anjuran SMK Linggiu,PIBG SMK Linggiu dan PIK Kg.Semanggar Dalam di Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kg.Semangar Dalam. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu memudahkan para guru, ibu bapa dan pelajar mengambil dan mengumpulkan semula kerja sekolah mereka berikutan mereka kini perlu mengikuti pembelajaran secara PdPR.

PIK Kg.Semanggar Dalam telah dipilih berikutan Pusat Ekonomi Digital Komuniti ini selalu dikunjungi para pelajar selain hubungan kerjasama yang terjalin antara staf PIK Semanggar Dalam dan PIBG SMK Linggiu sebelum ini. Untuk makluman,SMK Linggiu juga terletak agak jauh dan menyukarkan para pelajar untuk mengambil kerja sekolah mereka selain bimbang bahan kerja yang hilang.Dengan adanya PIK,pelajar dapat terus mengambil kerja sekolah malah mereka juga turut menggunakan kemudahan di PIK untuk menyiapkan kerja sekolah mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali