Kelas Permainan Interaktif 2

8 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Mei 2021, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Permainan Interaktif 2 selama 1 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan jenis-jenis permainan interaktif yang boleh membantu meningkatkan kemahiran menaip mereka.

Peserta telah diminta untuk membuka laman sesawang www.speed typing online.com dan di situ mereka akan dilatih mengikut silibus yang terdapat pada laman tersebut. Peserta juga diminta untuk menilai kelajuan menaip beliau dalam seminit. Pada akhir kelas, para peserta dapat mengingat kaedah perletakan setiap jari di papan kekunci dengan betul dan seterusnya dapat menaip dengan pantas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali