Sesi Pelancaran Misi Jelajah Digital Maxis E-Kelas

5 September 2021 | Aktiviti Terkini

Misi jelajah digital telah dilancarkan pada hari sabtu bertarikh 4 September 2021. Misi jelajah digital ini dikelolakan khusus di bawah Maxis eKelas yang diterajui oleh pihak telco Maxis. Seramai tujuh orang tetamu jemputan khas dan seorang moderator telah mengelolakan sesi secara langsung melalui platfom youtube. Mereka ialah Encik Herman Mizar Azmi selaku moderator, Puan Mariam Bevi Batcha boss Maxis eKelas, Dr. Norazla Mustafa wakil Pusat STEM, Encik Keith Pereira, Dr. Faizulizami Osmin, Puan Norlaili Mohamad, Cikgu Syakir Yusuf, Cikgu Kamarul Rodzmier serta tetamu istimewa Dato’ Seri Dr. Mazlan Othman selaku Pakar Astrofizik Malaysia.

Sesi pelancaran berlangsung selama hampir dua jam dan telah ditontoni lebih seribu pengguna di laman youtube yang terdiri daripada para pelajar, guru-guru dan kakitangan PIK. Hal ini juga tidak ketinggalan apabila Pengurus dan Pembantu Pengurus Komuniti Kg.Semanggar Dalam turut sama menyertai sesi maklumat perkongsian ketika sedang berlangsung. Pelbagai perkongsian telah diberikan oleh tetamu jemputan khas yang mempunyai kepakaran masing-masing dalam dunia sains terutamanya aeroangkasa. Sesi pelancaran misi jelajah digital di bawah Maxis eKelas ini amatlah memberi input yang berguna dan positif khususnya buat para pelajar yang meminati bidang STEM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali