Kelas Perbankan Online
20 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 September 2021, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Perbankan Online selama 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir 11.00 pagi. Pada kali ini,pihak staf Pusat Ekonomi Digital telah memberi tunjuk ajar kepada Puan Sunarti,salah seorang penduduk Kg.Semangar Luar yang ingin mendaftar BSN Online Banking memandangkan beliau tidak pernah membuat perbankan online sebelum ini. Selepas mendaftar,staf telah menunjukkan kegunaan dan fungsi yang terdapat pada BSN Online seperti JomPay,transaksi,dan cara-cara keluar masuk duit secara online bagi memudahkan kegunaan dan semakan pada masa depan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: