Program Outreach Vaksinasi Covid-19 Kg.Semangar Dalam
2 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 30-31 Julai 2021 sehingga 01 Ogos 2021 (dose 1) dan 20-22 Ogos 2021 (dose 2), telah diadakan Program Outreach Vaksinasi Covid-19 bersama Institut Jantung Negara di Dewan Serbaguna Kg.Semangar Dalam. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Program ini turut dihadiri YB Dato' Sri Dr. Adham Baba, Ahli Parlimen Tenggara di atas kesudian menyantuni penerima vaksin. Program ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin terutama di kampung-kampung yang terletak di kawasan pendalaman dan jauh dari bandar.
Program ini telah disertai seramai 1500 orang yang terdiri daripada penduduk Kg.Semangar Dalam,Kg.Semangar Luar,Bandar Petri Jaya,Kg.Orang Asli Kempas Menang,Kg.Orang Asli Sayong Pinang,Kg.Orang Asli Pasir Intan,Kuarters SAJ,guru-guru SK Semangar dan Sekolah Agama Semangar dan staf-staf ladang berdekatan seperti Ladang Kachur dan Ladang Sisek. Rata-rata penduduk gembira akan program vaksin yang dijalankan di Kg.Semangar Dalam ini.Staf Pusat Ekonomi Digital juga turut terlibat membantu mengumpul data penduduk kampung yang berminat untuk menerima vaksin dan membantu mereka membuat pendaftaran di Mysejahtera.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: