Kelas Pupuk@Shopee – Shopeeuni Asas

3 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 2 September 2021 iaitu bersamaan hari Khamis, satu program kelas atas talian telah diadakan oleh pihak Shopee dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Program ini juga telah ini disegarkan dengan kempen yang dipanggil sebagai PUPUK. Tujuan utama penerangan di platform digital ini adalah untuk membantu para usahawan tempatan bagi memulakan perniagaan mereka secara atas talian melalui Shopee. Kelas ini berlangsung selama dua jam iaitu pada jam 04.00 petang sehingga 06.00 petang. Oleh yang demikian, kakitangan PIK Semanggar Dalam telah mencari usahawan di sekitar komuniti yang berminat untuk menyertai kelas yang dianjurkan secara percuma ini melalui hebahan di media sosial iaitu Facebook dan Whatsapp.

Seramai 2 orang peserta telah berminat untuk menyertai webinar yang dianjurkan bagi mereka mengetahui dengan lebih lanjut mengenai konsep E-Dagang. Peserta berkenaan ialah Puan Athirah binti Mohd Hilmi dan Pn.Siti Robaah binti Abidin. Untuk makluman, para usahawan ini telah dibimbing oleh Pengurus PIK Semanggar Dalam untuk mendaftarkan diri terlebih dahulu melalui link yang disediakan pihak Shopee sebelum menyertai webinar tersebut. Pada akhir sesi,kami telah meminta usahawan tersebut untuk mengimbas QR Code yang disediakan oleh pihak Shopee untuk menjawab soal selidik bagi memperolehi nota percuma dan sijil penyertaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali