Program Quizziz Maulidur Rasul 1443H PIK Semanggar Dalam

16 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada 19 Okt 2021, Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kg.Semanggar Dalam telah mengadakan Program Quizziz Maulidur Rasul 1443H PIK Semanggar Dalam. Program ini berlangsung pada 15 Oktober 2021 bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Program ini diadakan bertujuan untuk menguji peserta tentang pengetahuan asas nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Program ini telah disertai 8 orang peserta terdiri pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Semangar yang tinggal berdekatan dengan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Semanggar Dalam.

Sebanyak 50 soalan telah disediakan dan perlu dijawab semua oleh peserta. Pada akhir program,penyampaian hadiah,sijil dan cenderamata telah disediakan.Tempat pertama telah dimenangi oleh Nysaa Haleena binti Hasrol Nizam,tempat kedua telah dimenangi oleh Erma Afiqah Fazlin binti Alilan dan tempat ketiga telah dimenangi oleh Aleeya Maisarah binti Abdullah. Kami berharap agar kerjasama dalam melaksanakan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.Sekali lagi,tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali