Kelas Pengisian Borang Permohonan Pendaftaran Secara Online Kemasukan Tahun 1

8 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Mac 2021 bersamaan hari Ahad, Kelas Pengisian Borang Permohonan Pendaftaran Secara Online Kemasukan Tahun 1 telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Kg.Semangar Dalam selama 1 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara mengisi borang pendaftaran online kemasukan Tahun 1 dan juga cara-cara membuat semakan sama ada sekolah yang dipohon berjaya diperolehi atau tidak. Pada akhir kelas,peserta berjaya mendaftarkan persekolahan anak beliau secara online.Beliau juga berharap dapat mengikuti lagi kelas komputer yang dikendalikan oleh staf Pusat Ekonomi Digital .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali