Kelas Multimedia – Scratch 2.0
4 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 03 Mei 2021, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Multimedia – Scratch 2.0 selama 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 02.30 petang hingga 04.30 petang. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan memberi tunjuk ajar kepada pelajar sekolah menengah menggunakan Scratch 2.0 untuk membuat kerja sekolah mereka. Pelajar telah diajar cara menggerakkan scratch,membuat permainan dan menghasilkan video ringkas yang menarik. Pada akhir kelas,peserta berasa seronok kerana dapat menyiapkan kerja sekolah mereka selain dapat menimba ilmu baru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: