Kelas Shopee Pay

6 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Mei 2021, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Shopee Pay selama 1 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Puan Raja Nazatulsima telah meminta tolong dari staf PIK untuk membantu beliau cara-cara menggunakan Shopee Pay dalam membuat pembayaran lebih mudah ketika membayar barangan di platform Shopee. Kami juga turut memberi penerangan mengenai kebaikan menggunakan Shopee Pay seperti lebih mudah untuk mendapat peluang penghantaran percuma dan mendapatkan coin shopee lebih banyak. Pada akhir kelas, Puan Rajanazatulsima dapat menggunakan Shopee Pay dan memahami kelebihan menggunakannya ketika membeli barang di Shopee.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali