Kelas Sesi Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin
14 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Disember 2021, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Sesi Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin selama 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 11.00 pagi hingga 01.00 petang. Sesi taklimat ini telah dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Taklimat ini diadakan bertujuan mengajak para usahawan B40 dan pelajar IPT yang berminat untuk mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Skim Pendaftarn Perniagaan Prihatin (SPPP). Pada akhir kelas, para usahawan yang belum pernah mendaftarkan perniagaan mereka sebelum ini telah mendaftar di bawah program SPPP.Mereka juga berharap dapat menyertai program-program keusahawanan dari PEDi Kg.Semangar Dalam selepas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: