Program Kemaskini APDM SMK Linggiu Bersama PIK Kg.Semangar Dalam dan Advokasi KDB

25 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Januari 2021 telah diadakan Program Kemaskini APDM SMK Linggiu Bersama PIK Kg.Semangar Dalam dan Advokasi KDB di Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kg.Semangar Dalam. Program ini telah dianjurkan dengan kerjaama PIK Kg.Semangar Dalam dan PIBG SMK Linggiu dan dihadiri oleh penduduk Kg.Semangar Dalam serta Kg.Semangar Luar. Program yang diadakan pada hari Ahad ini telah dijalankan bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang dan mengikut SOP PKP yang ditetapkan oleh MCMC dan KKM.

Tujuan program ini diadakan bertujuan untuk membantu komuniti sekitar membuat permohonan baru dan kemaskini maklumat APDM di laman web https://public.moe.gov.my/ memandangkan sekolah masih ditutup dan tiada kemudahan internet yang laju di rumah untuk mengakses laman web tersebut. Seramai 15 orang telah menghadiri program ini yang kebanyakannya terdiri daripada ibu bapa dan belia.Taklimat dan tayangan video KDB turut dibuat sepanjang program ini berlangsung.Program ini juga turut mendapat respon positif dari penduduk sekitar dan berharap akan ada sambungan program pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali