Program Permohonan Baru dan Kemaskini BPR 2021 Bersama PIK Kg.Semangar Dalam dan Advokasi KDB
24 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari 2021 telah diadakan Program Permohonan Baru dan Kemaskini BPR 2021 Bersama PIK Kg.Semangar Dalam dan Advokasi KDB di Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kg.Semangar Dalam. Program ini telah dihadiri oleh penduduk Kg.Semangar Dalam dan Kg.Semangar Luar.Program yang diadakan pada hari Sabtu ini telah dijalankan bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang dan mengikut SOP PKP yang ditetapkan oleh MCMC dan KKM.
Tujuan program ini diadakan bertujuan untuk membantu komuniti sekitar membuat permohonan baru dan kemaskini maklumat BPR di laman web HASIL memandangkan pejabat LHDN Kota Tinggi masih ditutup dan tiada kemudahan internet yang laju di rumah untuk mengakses laman web tersebut. Seramai 31 orang telah menghadiri program ini yang kebanyakannya terdiri daripada ibu bapa dan belia.Taklimat dan tayangan video KDB turut dibuat sepanjang program ini berlangsung.Program ini juga turut mendapat respon positif dari penduduk sekitar dan berharap akan ada sambungan program pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: