Program Jom Mewarna Hari Malaysia Bersama Tabika KEMAS Jakoa Darul Nasuha

5 September 2021 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kg.Semanggar Dalam telah mengadakan Program Jom Mewarna Bersama Tabika KEMAS Jakoa Darul Nasuha Kg.Orang Asli Kempas Menang.Program ini bermula pada 04 September 2021 dan berakhir pada 11 September 2021.Program ini diadakan bertujuan memupuk semangat jati diri dalam kalangan pelajar disamping mengeratkan silaturahim antara staf PIK, pelajar, tenaga pengajar dan ibu bapa. Peserta telah diminta mengambil kertas untuk diwarna di PIK Semanggar Dalam atau dicetak sendiri.Peserta perlu menghantar kertas tersebut selewat-lewatnya 7 September 2021.

Pengumuman pemenang dibuat pada 10 September 2021. Majlis penyampaian hadiah diadakan pada hari Sabtu,11 September 2021 secara kaedah Pandu Lalu. Pemenang dibahagikan kepada 2 kategori.Bagi kategori pertama (6 tahun), johan telah dimenangi Nurasyifa Safiya binti Mohd Faizul, tempat kedua dan ketiga telah dimenangi oleh Mohamad Aisy bin Esham dan Putri Eylfuriena Elrissa Ahteesta binti Abdul Hakim. Bagi kategori kedua (4&5 tahun), tempat pertama telah dimenangi oleh Yusuf Alfateh bin Mohd Fikrie manakala tempat kedua dan ketiga telah dimenangi oleh Nuradra Humaira binti Mohd Hafiz dan Rabiatul Adawiyah binti Zaidi. Kami berharap agar kerjasama dalam melaksanakan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.Sekali lagi,tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali