Kelas Microsoft Words – Mengendalikan Persembahan
19 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 Disember 2021, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Microsoft Words – Mengendalikan Persembahan selama 3 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 09.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan peserta tentang Microsoft Words dan cara menggunakannya dalam menghasilkan jenis-jenis karangan. Peserta juga telah diajar menaip,memilih font,saiz,merge dan align dan cara menaip huruf besar dan kecil. Pada akhir kelas,peserta telah diberi tugasan bagi menguji kefahaman mereka tentang sub-subjek yang dipelajari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: