Kelas Microsoft Words – Surat Rasmi
18 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 17 Disember 2021, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Microsoft Words – Surat Rasmi selama 3 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 09.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan peserta tentang Microsoft Words dan cara menggunakannya dalam menghasilkan surat kiriman rasmi.Peserta juga telah diajar menaip,memilih font,saiz,merge dan align dan cara menaip huruf besar dan kecil.Pada akhir kelas,peserta telah diberi tugasan bagi menguji kefahaman mereka tentang sub-subjek yang dipelajari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: