Kelas Microsoft Words – Surat Rasmi 2
3 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 02 Januari 2021, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Microsoft Words – Surat Rasmi 2 selama 1 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan peserta tentang Microsoft Words dan cara menggunakannya dalam menghasilkan surat kiriman rasmi.
Peserta juga telah diajar menaip,memilih font,saiz,merge dan align dan cara menaip huruf besar dan kecil. Pada akhir kelas,peserta telah diberi tugasan bagi menguji kefahaman mereka tentang sub-subjek yang dipelajari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: