Kelas Perbankan Online
23 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 Mac 2022, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Perbankan Online selama 01 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Pada kali ini,pihak staf PEDi telah memberi tunjuk ajar kepada Puan Sunarti,salah seorang penduduk Kg.Semangar Luar yang ingin mendaftar BSN Online Banking memandangkan beliau tidak berjaya membuat perbankan online sebelum ini.
Selepas mendaftar,staf telah menunjukkan kegunaan dan fungsi yang terdapat pada BSN Online seperti JomPay,transaksi,dan cara-cara keluar masuk duit secara online bagi memudahkan kegunaan dan semakan pada masa depan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: