Sesi Penyerahan Sijil Kursus Latihan Pengendali Makanan
5 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 04 Julai 2022 (Isnin) – Pusat Ekonomi Digital Kampung Semanggar Dalam telah mengadakan sesi penyerahan Sijil Kursus Latihan Pengendali Makanan yang telah dilaksanakan secara online pada 10 dan 18 Jun 2022. Kursus Latihan Pengendali Makanan ini telah disertai oleh 20 orang peserta yang merupakan pengusaha dan pekerja dalam sektor pemakanan dengan kerjasama tenaga pengajar dari NZ Bunga Venture.
PEDi Kg.Semangar Dalam ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah terlibat.Semoga program seperti ini tetap mendapat sambutan yang menggalakkan pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: