Sesi Taklimat Bersama Wakil BSN Berkenaan BSN Micro/i Semarak PEDi

26 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Julai 2022, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Semangar Dalam telah didatangi wakil dari pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu En.Haikal dan En.Aiman. En.Haikal juga merupakan wakil BSN yang bertanggungjawab menguruskan BSN Micro/ i Semarak PEDi bagi daerah Kota Tinggi.

Kehadiran mereka ke sini bertujuan membuat sesi pengenalan dan seterusnya menerangkan dengan lebih lanjut tentang kemudahan pinjaman ini.

Program ini merupakan satu Kemudahan Pinjaman telahpun dibuka khusus kepada semua ushawan yang telahpun berdaftar dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia(PEDi). Pinjaman ini telah dikemukakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia di dalam perancangan Bajet Malaysia untuk tahun 2022 dan akan diuruskan oleh sebuah agensi iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), pinjaman ini boleh dilakukan untuk tujuan sebagai Modal Perniagaan ataupun untuk pembelian aset perniagaan. Mana-Mana ushawan PEDi yang berminat untuk melakukan pinjaman, anda boleh melakukan semakan terhadap terma dan syarat sebelum mengemukakan permohonan pada pautan ini https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bsn-semarakpedi.html.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali