Program Gempak ICT dan Advokasi KDB @ PEDI Semangar Dalam -Kelas SPEED Typing 1

11 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember 2022, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Program Gempak ICT dan Advokasi KDB @ PEDi Semanggar Dalam - Kelas Speed Typing 1 selama 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu peserta cara menaip dengan pantas dengan menggunakan kaedah yang betul dan senang diingati.Peserta telah diminta untuk membuka laman sesawang www.speedtypingonline.com dan di situ mereka akan dilatih mengikut silibus yang terdapat pada laman tersebut.

Pada akhir kelas, para peserta dapat mengingat kaedah perletakan setiap jari di papan kekunci dengan betul dan seterusnya dapat menaip dengan pantas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali