Program Suntikan Typhoid dan Advokasi KDB PEDi Semangar Dalam

12 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November 2022, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Program Suntikan Typhoid dan Advokasi KDB selama 2 jam. Program ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Program ini diadakan bertujuan membantu para pengendali makanan khususnya usahawan pembuatan makanan dan pekerja kedai makan untuk mendapatkan Suntikan Typhoid. Untuk makluman, kegagalan mendapatkan sijil makanan dan suntikan boleh dikenakan denda sebanyak RM 2000.00 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Program yang julung kali ini diadakan berjaya menarik 25 orang penduduk kawasan Kg.Semangar dan sekitar. Mereka juga berharap program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali