Kelas Animasi Power Point Sesi 1 - Wajah

18 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Disember 2022, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Animasi Power Point Sesi 1 - Wajah selama 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Tujuan kelas ini diadakan untuk memperkenalkan peserta cara menghasilkan animasi wajah manusia hanya menggunakan Power Point.

Pada akhir kelas, para peserta dapat mengikuti langkah-langkah yang diajar oleh staf PEDi dan berjaya menghasilkan animasi 2D wajah manusia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali