Program Bicara Kerjaya dan Inisiatif Terkini PERKESO

2 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Oktober 2022, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Program Bicara Kerjaya dan Inisiatif Terkini PERKESO selama 3 jam. Program ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang.Program ini telah dihadiri seramai 15 orang peserta yang rata-ratanya pencari kerja.

Pada hari kejadian, PERKESO telah memberi penerangan mengenai sistem MyFutureJobs dan kelebihan kepada peserta yang telah mendaftar terutama dalam mendapat makluman mengenai kerja kosong terbaru. Mereka juga turut membantu peserta mendaftar dengan betul laman MyFutureJobs.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali