Program Walk-In Interview MyFutureJobs@Johor dan Advokasi KDB PEDi Semanggar Dalam

5 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Disember 2022, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Program Walk-in interview Myfuturejobs@Johor dan advokasi KDB PEDi Semanggar Dalam selama 5 jam. Program ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

Program ini telah melibatkan 5 staf dari PERKESO Johor dan 3 majikan dari Ayamas Shopee Sdn Bhd, Sushi King Sdn Bhd dan Speedmart.

Pada hari kejadian juga, PERKESO turut membuka kaunter perkhidmatan kepada penduduk Kg.Semangar dan rangkaian seperti Skim Pekerjaan Sendiri, SIP GIG, Insentif Jaminan Kerja, Elaun Mencari Pekerjaan, Kaunseling Kerjaya dan juga Profiling Kerjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali