PEDi Semanggar Dalam - Kelas PUPUK@Shopee-MasterClass Pemasaran - Cara Memasarkan Produk Anda dengan Strategik

10 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Disember 2022 iaitu bersamaan hari Jumaat, satu program kelas atas talian telah diadakan oleh pihak Shopee dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Program ini juga telah ini disegarkan dengan kempen yang dipanggil sebagai PUPUK. Tujuan utama penerangan di platform digital ini adalah untuk membantu para pengurus PEDi dan Rakan Digital membantu cara memasarkan produk usahawan secara atas talian melalui Shopee. Kelas ini berlangsung selama dua jam iaitu pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Pada akhir sesi, para pengurus PEDi dan Rakan Digital telah diminta mengimbas QR Code yang disediakan oleh pihak Shopee untuk menjawab soal selidik bagi memperolehi nota percuma dan video kelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali