Sesi Pengisian Borang Bantuan Zakat MAIJ

3 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 02 September 2022 iaitu bersamaan pada hari Jumaat, Penolong Pengurus PEDi Semanggar Dalam telah didatangi oleh seorang penduduk Kg.Semangar Luar, Puan Sarimah binti Sahrom bagi tujuan membantu beliau cara-cara mengisi borang bantuan zakat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bagi pihak anaknya yang baru saja menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Kami telah meminta beliau untuk menyediakan segala maklumat yang diminta terlebih dahulu seperti nombor kad pengenalan, no telefon, alamat rumah, dan emel dan lain-lain lagi bagi memudahkan urusan pendaftaran nanti.

Pada akhir sesi, Pn.Sarimah berjaya mengisi borang bantuan tersebut. Kami juga meminta Pn.Sarimah menyemak dokumen sokongan yang diperlukan serta memastikan maklumat yang diisi adalah tepat sebelum beliau menghantar borang tersebut ke Pejabat Baitulmal Kota Tinggi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali