Permohonan MySalam Tuntutan Kuarantin COVID-19

14 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

PEDi Semanggar Dalam telah membantu dua orang penduduk setempat untuk membuat permohonan MySalam bagi tuntutan kuarantin kendiri milik mereka. Mereka telah menjalani perintah kuarantin kendiri kerana terkena wabak Covid-19 dan ingin menuntut wang yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui insiatif MySalam.

Oleh yang demikian, mereka ingin meminta bantuan staf PEDi untuk menguruskan permohonan mereka secara atas talian sahaja. Staf PEDi telah mengarahkan agar mereka menyediakan kad pengenalan dan bukti sijil Perintah Pengasingan Atau Pengawasan (HSO) yang terdapat dalam MySejahtera.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali